Picture of Azidah Abu Ziden
Semester 1, Sidang Akademik 2013/2014
by Azidah Abu Ziden - Tuesday, 19 February 2013, 11:39 AM
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, System Admin sedang dalam proses mendaftar pelajar semua kohort ke dalam sistem ppgusm.com. Kesemua kursus yang diambil pada semester lepas telah dikeluarkan dari profile pelajar. Buat masa ini pelajar akan mendapati kursus-kursus dimasukkan secara berperingkat dan tidak sama antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Pihak kami akan mengumumkan apabila proses ini tamat setelah proses kemasukan selesai. Anda semua TIDAK PERLU self enrol kepada kursus-kursus semester ini. Semuanya akan dilakukan oleh System Admin.

Untuk pelajar Kohort 4, pada semester ini anda akan bergabung dengan Kohort 3 dan terus mengambil kursus-kursus untuk Semester 3. Kursus-kursus untuk Semester 2 bagi kohort 4 akan dilakukan pada Semester Pendek yang akan datang,

Terima Kasih.

~Dr. Azidah