Pendidikan Sosioemosi Kanak-Kanak (KAL3033)
(KAL3033)

NAMA KURSUS : PENDIDIKAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

(Child Socio-Emotional Education)

 

KOD KURSUS : KAL3033

KREDIT : 3

SLT : 120 Jam

PRASYARAT : Tiada

SEMESTER : Pertama / Kedua

 

HASIL PEMBELAJARAN:

 

1. Menyatakan kepentingan perkembangan sosioemosi awal kanakkanak.

(C2, C5)

2. Merancang aktiviti bagi kecerdasan sosial dan emosi awal kanakkanak.

(A4, C3)

3. Melaksanakan aktiviti bagi membina perkembangan sosioemosi

awal kanak-kanak. (P5)

4. Mensintesis pengurusan tingkah laku melalui strategi penyaringan.

(C5)

5. Membuat penilaian tentang kemahiran sosioemosi awal kanakkanak.

(C6)

6. Berupaya berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti

yang dilaksanakan. (CS6, CT3)

 

SINOPSIS : Kursus ini menekankan konsep asas dalam teori perkembangan

sosioemosi kanak-kanak, kemahiran sosial, konsep kendiri, perspektif

kepelbagaian individu; perapatan dan kesannya terhadap perkembangan

emosi dan sosial. Penekanan juga diberi dari aspek pengurusan

sosioemosi dalam konteks Malaysia dan perkembangan awal sosial,

serta strategi mengawal emosi, kemahiran sosial dan kemahiran

pengesanan sosioemosi.

 

(The course stresses on the basic concepts of socio-emotional

developmental theories, development of children’s social skills,

development of self-concept, perspective of individual diversity,

friendship, attachment and its effects. It also stresses on the awareness

of socio emotional in Malaysian context, emotional regulation, social skills

development and socio emotional assessment skills).

 

 

KANDUNGAN :

 

1. Teori perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak.

Teori-teori perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak

dan hubungan kedua teori membentuk model

perkembangan sosial dan emosi. Meneliti teori-teori

perkembangan sosial dan emosi pada semua peringkat

perkembangan.

 

2. Perkembangan pertumbuhan kanak-kanak

Pengenalan pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak.

Pengaruh pertumbuhan dan perkembangan dalam

pembentukan perkembangan sosial dan emosi kanakkanak.

 

 

3. Perkembangan sosioemosi.

Teori psikososial Erickson dan teori kecerdasan emosi.

Pola perkembangan dan faktor yang mempengaruhi

perkembangan. Masalah-masalah yang mengganggu

perkembangan sosioemosi. Mengawal faktor baka dan

faktor persekitaran dalam perkembangan sosioemosi.

 

4. Tingkah laku langsang di kalangan kanak-kanak.

Jenis-jenis dan punca-punca tingkah laku langsang.

Langkah-langkah mengatasi masalah tingkah laku

langsang di kalangan kanak-kanak.

 

5. Pembinaan konsep kendiri kanak-kanak.

Pembentukan konsep kendiri kanak-kanak. Interaksi

kanak-kanak dengan alam sekeliling. Pembentukan

konsep kendiri positif. Komponen-komponen konsep

kendiri dan peranan guru bagi meningkatkan

pembentukan kendiri positif.

 

 

6. Perkembangan kecerdasan sosioemosi kanak-kanak.

Pengenalan kepada kecerdasan emosi dan kecerdasan

sosial. Konsep-konsep utama kecerdasan dan

mengenalpasti tahap-tahap kecerdasan emosi dan

kecerdasan sosial.

 

7. Perapatan dan emosi.

Konsep perapatan kanak-kanak dan peringkat perapatan

perkembangan kanak-kanak. Jenis-jenis perapatan dan

kesan perapatan dalam perkembangan sosioemosi

kanak-kanak.

 

 

8. Kesihatan holistik kanak-kanak dan perkembangan

emosi.

Membina indikator kanak-kanak sihat. nak. Perbincangan

komponen-komponen kesihatan mental dan sosial

mengikut Greenspan (2000).

 

9. Pembinaan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak.

Teori-teori zon perkembangan dan scafolding yang

dipelopori oleh Vygotsky dan aplikasi kepada idea-idea

Vygotsky.

 

10. Penilaian kemahiran sosial emosi kanak-kanak

Alat-alat pengukuran penilaian terhadap sosio dan emosi.

Mencari kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur.

Langkah-langkah membina alat ukur bagi penilaian

sosioemosi. Pembinaan item, kesahan dan menganalisis

data yang diperolehi. Pembentukan JPU yang berkaitan

dengan alat pengukuran sosioemosi.

 

 

PENILAIAN : Kerja Kursus 60%

          Peperiksaan 40%

 

 

 

RUJUKAN

 

Brian, D. (2005). Emotion in Social Relations: Cultural & Interpersonal

Process. New York: Marstead.

 

Elias, J. M. al. (1997). Promoting Social and Emotional Learning. United

States: Association for Supervision & Curriculum Development.

 

Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam Book.

Penilaian /Tugasan Kursus  KAL 3023

(Pendidikan Sosio-Emosi Kanak-kanak)

 

1. Forum - 10%

Pelajar dikehendaki  memberi pandangan dan maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan. Kekerapan dan kualiti idea pelajar akan diukur dan diberi markah.

 

2. Kuiz – 10%

Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz yang dikemukakan mengikut jadual pertemuan bersemuka. Pelajar diberi masa seminggu untuk menjawab kuiz berkenaan. Markah akan ditolak jika pelajar lambat menjawab.

 

3 .Tugasan Individu (40%)

 

Pendahuluan

Pelajar-pelajar dikehendaki untuk menyediakan modul kursus yang perlu dijalankan selama 3 hari dan 2 malam. Kursus berkenaan dijangka boleh  dilaksanakan di sekolah atau tempat yang lain. Bilangan aktiviti dalam modul berkenaan tidak dihadkan, tetapi sekurang-kurangnya terdapat  5  modul/aktiviti ( syarahan, LDK, permainan, IT).

 

Konsep Modul

 

Modul yang dibina berkonsepkan sahsiah wajadiri akademik. (Academic Resilience). Para pelajar dinasihatkan memahami dengan mendalam takrifan konsep berkenaan sebelum memulakan tugasan ini. Tujuan modul adalah untuk membangunkan sahsiah wajadiri akademik dalam kalangan kanak-kanak. Untuk itu, pelajar perlu memilih elemen-elemen tertentu (sebahagian kecil atau keseluruhan) dalam teori sahsiah wajadiri akademik. Juga, pelajar perlu memilih hanya satu tunjang/subjek akademik (Contohnya: Tunjang Kemanusiaan) untuk diintegrasikan dalam modul ini. Maklumat tentang tunjang ini boleh didapati dalam ‘Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan’

 

Kerangka Modul ( Contoh: Untuk satu aktiviti sahaja)

 

Tajuk Aktiviti: ( Perlu berfokus kepada elemen sahsiah wajadiri akademik, program itu perlu di beri nama sendiri. Contoh: Kem Kilauan Minda) 

Tempoh Masa:

Pengenalan:

Jenis Aktiviti:

Matlamat: (Dikaitkan elemen sahsiah wajadiri akademik dan isi kandungan tunjang terpilih)

Objektif: : (Dikaitkan elemen sahsiah wajadiri akademik dan isi kandungan tunjang terpilih)

Rasional:

Peralatan:

Langkah Perlaksanaan: ( perlu detail)

Rumusan: (dikaitkan dengan elemen/keseluruhan Sahsiah Wajadiri Akademik)

Falsafah: (dikaitkan dengan elemen/keseluruhan Sahsiah Wajadiri Akademik)

 

Penilaian Modul

 

Penelitian/pemarkahan diberikan kepada a) Pengapplikasian teori sahsiah wajadiri akademik  untuk membangunkan modul, b) rasional mengapa sesuatu modul itu dibina. c) Bagaimana pelaksanaan modul berkenaan, d)   Bahan rujukan.

 

 

Format penulisan tugasan

 

-        Sekurang-kurang 15 muka surat. ( double spacing, 12 font size, New times roman, APA format)

a)     Muka Depan.

 

Muka depan (front page) harus mempunyai perkara-perkara berikut:

 

Nama:

Matriks:

No Kad Pengenalan

Pengkhususan Pengajian:

Pusat Pengajian: Contoh: Kuching

Tajuk Tugasan :

 

b)     Muka Surat Pertama

 

Deklarasi Pelajar

Penyataan Keaslian Tugasan

“ Saya yang bertandatangan di bawah ini, menyatakan dengan sebenarnya bahawa hasil tugasan ini merupakan hasil kerja saya  yang asli, bukannya hasil pengambil alihan data, tulisan atau fikiran orang lain yang saya akui sebagai hasil saya sendiri. Apabila terbukti hasil tugasan ini merupakan  hasil ciplakan, maka saya sedia menerima sebarang hukuman terhadap perbuatan tersebut.”

Nama:

No Kad Pengenalan:

No Matriks:

 

c)     Muka Surat Kedua

            Isi Kandungan dan mukasurat

d)     Isi Kandungan

e)     Penutup

f)      Lampiran

*Pesanan-pesanan ringkas.

  1. Hasilkan kertas kerja ilmiah bukannya folio murid sekolah rendah.
  2. Rujukan: Perlu ada rujukan yang autentik seperti

a)     Buku-buku ilmiah

b)     Journal

  1. Blog dan tulisan umum dalam internet tidak boleh dianggap sebagai bahan rujukan.

 

Tarikh akhir penghantaran kerja kursus: 04 Mei  2013

 

Gred Akhir untuk Kerja Kursus

A, A-,B+,B, B-,C+, C, C-,D+,D, D-, F

 

Peperiksaan Akhir     (  40% )

Dalam bentuk subjektif. 120 minit/ 3 soalan esei.

 

 

 

Kostelnik, M.J,. et.al. (2002). Guiding children’s social development:

Theory to practice (4th Edition). New York: Thomson Learning.

 

Lewkowichz, A. (2007). Teaching Emotional Intelligence: Strategies &

Activities for Helping Students Make Effective Choices. CA: Crown

Press.