Penyelaras Bidang Sains: Dr Salmiza Saleh

  • Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia. Kursus ini juga membincangkan pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains seperti yang disarankan kurikulum sekolah Malaysia. Penekanan diberikan kepada strategi berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme. Pelajar akan didedahkan kepada penggunaan teknologi dan bahan yang bersesuaian dengan bilik darjah sains sekolah rendah. Pelbagai bentuk penaksiran berasaskan sekolah dan pengurusan makmal juga akan diperkenal dan dibincangkan.

  • Kursus ini mendedahkan pelajar kepada konsep fizik pada skala yang sangat besar dan yang sangat kecil serta kaitan antara keduanya. Tajuk perbincangan dalam konsep fizik pada skala yang sangat besar ini termasuklah konstituen alam semesta dan sistem suria merangkumi bumi, bulan, matahari, planet, dan bintang serta hukum-hukum yang memperihalkan gerakan jasad semawi ini. Konsep lain termasuk kejadian musim dan gerhana.