Penyelaras Bidang Bahasa Melayu: Prof Madya Dr Hashim Othman
Kursus ini memberi fokus terhadap sejarah perkembangan bahasa dan persuratan Melayu dan hubung kaitnya dengan budaya hidup masyarakat Melayu. Perbincangan dan penelitian turut mencakup tahap-tahap perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu dengan penekanan diberi terhadap badan-badan bahasa dan persuratan dalam memperkembang bahasa Melayu sehingga mencapai tahap bahasa Melayu moden.
Kursus ini memberikan penekanan terhadap pelbagai teori morfologi mulai zaman tradisional, zaman struktural hingga zaman transformasi generatif. Yang ditumpukan ialah perbincangan dan analisis tentang konsep, bentuk kata, proses binaan kata dan penggolongan kata. Kursus ini turut menumpukan proses morfofonemik dan ciri semantik perkataan dalam bahasa Melayu.
A. MAKLUMAT KURSUS
Kod Kursus: BML 3083
Tajuk Kursus: Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu
Hari Kuliah: Sabtu
Masa: Ditentukan oleh Pusat Pengajian
Pensyarah: Seperti berikut:
|
Tugas |
Nama Pensyarah |
Pusat Pengajaran |
Emel |
|
Penyelaras/Pensyarah |
Jamilah Ikhsan |
Pulau Pinang
|
|
|
Pensyarah |
Ismail Abdul Rahman |
Kota Bharu |
mailbanjar@gmail.com |
|
Pensyarah |
Rozaida Abdul Rauf |
Sabah |
|
|
Pensyarah |
Zainudin Mat Isa |
Sarawak |
B. OBJEKTIF KURSUS
Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan untuk:
C. SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memberi pendedahan dan kesedaran tentang ilmu makna dalam bahasa Melayu, khususnya yang berkaitan dengan semantik dan pragmatik. Antara tumpuan ialah teori segi tiga makna, makna leksikal, makna nahuan, penjenisan makna, medan makna dan cara makna ditentukan melalui pelbagai konteks dan sebagainya. Selain itu, akan ditinjau semua aspek konteks dan cara bahasa itu digunakan, terutamanya dalam konteks semula jadi.
Sinopsis kursus