Anyone in the world Pada semester 2 sidang 2011/2012 laman ppgusm.com mula digunakan sebagai platform pembelajaran dan perbincangan. Pada ketika itu penggunaan masih belum menyeluruh, kuiz online hanya dijalankan oleh 1 kursus. Kursus-kursus lain masih menggunakan mode tugasan konvensional. Ketika itu laman ini dihost menggunakan shared host, prestasi laman ini pada ketika itu agak kurang baik jika trafik tinggi terutama ketika kuiz berjalan.
Mulai semester khas sidang 2011/2012 laman ini telah mula menggunakan cloud hosting dengan kos yang lebih tinggi supaya dapat digunakan dengan lancar. Kelajuan akses dipertingkatkan berkali ganda. Laman ini mula digunakan sepenuhnya sebagai platform utama program PPG ini, pada ketika itu hanya 3 kursus berjalan serentak. Ketiga-tiga kursus ini mula menggunakan aktiviti-aktiviti seperti kuiz secara menyeluruh, boleh dikatakan setiap minggu akan ada aktiviti yang perlu dilaksana oleh pelajar. Sehingga tamat semester khas laman ini beroperasi dengan baik dan lancar, hanya sekali sahaja mengalami gangguan beberapa jam.
Pada semester ini (Semester 1 sidang 2012/2013) 31 kursus menggunakan laman ini secara serentak, seramai 2700+ participants keseluruhan laman ini. Trafik penggunaan meningkat dengan mendadak. Bandwidth muat turun juga mengikat berkali ganda. Bilangan pelajar online ketika waktu puncak (8 malam - 10 malam) adalah di antara 50 - 100 orang. Buat masa ini saya memantau keupayaan laman ini secara terperinci dan lebih kerap.
Diharap laman ini akan sentiasa dapat menampung penggunaan untuk keselesaan pengguna. Menjadi iltizam kepada saya untuk memastikan ekosistem pembelajaran secara atas talian program PPG ini adalah yang terbaik antara platform-platform elearning lain sama ada di universiti-universiti atau mana-mana program. Jika terdapat pendapat atau cadangan boleh diutarakan kepada saya terutamanya kepada yang pernah menguruskan laman elearning dengan kapasiti penggunaan tinggi.
Faizal Rahman - System administrator [ Modified: Monday, 8 October 2012, 08:59 AM ] |