Blog entry by Fazilah Awang

Picture of Fazilah Awang
by Fazilah Awang - Tuesday, 16 October 2012, 12:00 PM
Anyone in the world

Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan atau rajah. Berasal darpada perkataan Greek peri (keliling) dan meter (hitung). Boleh juga digunakan samaada untuk laluan atau panjang dan boleh dianggap sebagai ukur lilit sesuatu bentuk.

Perimeter untuk bulatan dipanggil lilitan. Dalam bidang Matematik bulatan ditakrifkan sebagai lokus bagi titik yang bergerak dari satu titik tetap pada jarak malar. Jarak tersebut dikenali sebagai jejari yang lazimnya ditandakan dengan simbol atau r , manakala titik tetap tersebut dikenali sebagai titik tengah atau pusat yang lazimnya ditandakan dengan simbol O atau θ.

Dua kali ganda jejari dikenali sebagai diameter. Diameter boleh juga ditakrifkan sebagai tembereng garis yang melalui titik tengah dengan kedua-duanya menyentuh hujung bulatan.

Perimeter bagi bulatan juga dikenali sebagai lilitan atau ukur lilit. Jika panjang jejari diberikan, panjang lilitan p bagi suatu bulatan boleh dihitung dengan menggunakan rumus p = 2Πj dimana 2 pai radius / jejari atau jika diameter diberikan p = Πd dimana pai diameter.

 

 

Tags: